Friday, May 11, 2012

119. Pesanan 1

Assalamualaikum.

Lama aku tak update blog kan? Sekarang ni dah nak masuk universiti dah. Dah besar dah aku. Cewah.

Eh lari fokus pulak. Tak ni sebenarnya nak share something ni. Haritu aku baca majalah. Tak ingat la majalah apa. Al-Islam ke Solusi? Ke apa eh? Huh tak ingat la. Tapi aku jumpa 1 artikel ni. Nak share la. Alah pendek je pun. Hehe.

PESANAN NABI S.A.W. MENGENAI LIDAH

1) "Tiada akan lurus keimanan seorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tiada akan lurus hatinya, sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya."

2) "Barang siapa yang memelihara lidahnya, Allah akan menutup kecelaannya. Barang siapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksa-Nya. Dan barang siapa yang menyatakan keuzurannya kepada Allah, Allah akan menerima uzurnya."

3) "Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berkatalah yang baik ataupun diam saja."

4) "Jagalah lidahmu kecuali bila berkata yang baik. Dengan demikian, engkau akan mengalahkan syaitan."

5) "Berbahagialah sesiapa yang menahan fudhul (berlebih-lebihan) dari lidahnya, dan membelanjakan kelebihan daripada hartanya."

Ha tu je nak share.

Jadi, aku nak minta maaf kalau ada apa apa yang aku post kat blog ni, ataupun bagi yang kenal aku, aku pernah sakitkan hati korang, jadi batu api ke, aku minta maaf sangat sangat. Aku akan berubah jadi orang yang lebih baik. Insya Allah.

Assalamualaikum.

p/s ; Aku pergi interview untuk biasiswa JPA Selasa lepas [08052012]. Korang semua doakan aku berjaya dapat biasiswa tu ya? Kalau ada rezeki, insya Allah aku akan ke Jepun. Terima kasih semua :')

Wednesday, April 25, 2012

118. Drummer hensem :P

Assalamualaikum :)

Harini nak cakap pasal drummer yang hensem hensem la. Sebenarnya dalam sesebuah band tu, aku selalu nampak yang lebih hensem sikit adalah drummer dia. Kenapa eh? Hehehehe. Alah yang lain pun hensem jugak cuma drummer lagi hensem la. Tapi tak semua band macam tu la. Ada jugak yang biasa biasa je. Hehe.

Ok kat sini ada beberapa drummer dari dalam dan luar negara. So, let's check it out! Haha.

1) Adil Ali/Adil

Sebenarnya aku taktau nama dia Adil Ali atau Adil Halimi. Hehehe. Dia ni drummer untuk Seven Collar T-Shirt sebenarnya. Tapi kalau korang perasan, dia selalu jadi drummer untuk Yuna jugak. Hehe. Kadang kadang aku tengok muka dia ni macam Shahir AF tu.

Gambar dia tak banyak. Aku jumpa ni je. Tu pun aku crop orang kat sebelah dia tu. Haha. Jahat aku.

2) Azwin Andy Malik/Andy

Dia ni drummer Estranged. Alah korang semua mesti perasan dia ni kan sebab dia hensem. Hehehe. Dia ni tinggi. Kalau tengok dia main drum, semangat! Haha :D

Muka dia macam Cina.


3) Qushairi Razali/Qi Razali

Untuk yang tak tahu, Qi ni sebenarnya dulu drummer OAG. Dah lama dulu la. Aku rasa masa aku kecik kecik dulu. Hehe.

Well, dia ni, semua orang tahu dia hensem kan? Hehe.


4) Dominic Howard

Ha tetiba nama mat saleh. Haha. Dia ni drummer Muse. Dia comel :) Ada lesung pipit lagi. Hehe. Dia ni macam cool je orang nya. Hehehehe. Alah senang cakap dia ni comel la :3

*Gambar ni paling smart :D


Hok aloh. Sampai dia je gambar banyak. Hehehehe. Jangan marah ha.

Sebenarnya ada yang lain lagi tapi susah nak cari gambar. So yang ni je la eh. Hehe.

Once a drummer, always a drummer. Eh. Ok bye.

Monday, April 23, 2012

117. Masih seorang manusia

Sebagai seorang manusia, punya perasaan, punya kemahuan, punya kesabaran, punya ketidakpuashatian, punya kekuatan, punya kewarasan, dan punya itu ini yang hampir kesemua manusia di dunia punya.

Kekuatan. Seberapa kuat pun seseorang itu, andai ditolak dengan daya yang kuat, ditembak dari semua arah, ditikam bertubi-tubi, dicaci, dimaki hari-hari, satu hari dia bakal jatuh, pengsan, dan mungkin juga mati. Bukan dirinya mati, tetapi hatinya. Saat itu bakal tiba, andai segala yang dia punya, hilang, diragut oleh mereka yang tak berhati. Dan andai saat itu terealisasi, bersedialah untuk segala apa yang telah terjadi dan sedang terjadi untuk diungkit kembali kerana apa yang mengimbanginya selama ini telah mati.

Apa kau kenal diri sebenar seseorang itu selama ini?