Saturday, January 29, 2011

45. aku rindu muzik dan pancaragam

hari khamis lepas, aku tolong para sahabat aku yang masih terlibat dengan pancaragam mengajar junior mereka merangkap ex - junior aku. seronok gila rasa. aku rindu nak mengetuk drum yang selama ini telah menjadi boyfriend aku untuk 2 tahun. aku juga tak sangka yang aku masih mempunyai skill untuk membaca nota muzik. bangga menyinggah di hati sekejap. hehe.

secara jujurnya, kalau ikut hati, aku memang la teringin sangat nak masuk pancaragam balik. tapi itu kalau ikut hati. kalau ikut akal, ikut rasa, ikut perut, ikut bahu, ikut kaki, ikut otak yang waras, ikut orang dan bermacam - macam lagi yang perlu diikut, aku jadi ragu - ragu. tapi aku memang sangat rindu tingkat 88 la dekat pancaragam dan snare drum kesayangan aku itu. tapi snare drum itu pun sudah mendapat kekasih baru. tak apa la. biar aku kuburkan saja la impian dan harapan itu dalam muzium hati aku. haha.

aku harap satu hari nanti aku akan dapat bermain muzik semula. tak kira la sebagai apa. aku sudah dapat pengalaman menjadi seorang pengetuk drum. mungkin selepas ini aku akan jadi seorang penggesek biola pula ataupun seorang pemetik gitar. entahlah. hanya tunggu dan lihat saja perjalanan hidup aku yang tak seindah taman terapung babylon ini. haha.

2 comments:

amalina izzati said...

msuk jhe syg , anything for youuu ::*

NSMA :| said...

alah tak apa la. kesian kat orang orang lain dan junior junior lain itu. aku tolong ajar saja dah cukup la. hehehe.