Sunday, March 20, 2011

53. semua tentang kau

Ini kehidupan tahun ke - 10
Isnin sampai Jumaat kau depan mata
Muka tembam kau
Mata agak sepet kau
Kulit putih kau
Baju pengawas kau
Rambut comel kau
Gigi agak macam arnab kau
Jadi santapan mata hari - hari
Kau gelak, aku pun gelak
Kau senyum, aku pun senyum
Kau ketawa, aku pun ketawa
Kau nangis, pernah ke berlaku?

Aku masih ingat
Satu hari datang
Kau dirotan cikgu
Kerana negeri Johor
Ada 22 daerah katanya
Aku kesian lihat kau dirotan
Tapi aku cuma mampu melihat

Waktu berjalan
Tahun lain, semua lain
Kau bukan lagi depan mata aku selalu
Entah di mana engkau
Masih sekelas tapi tak sekumpulan
Kita dah jauh

Waktu berlari
Kita makin jauh
Sekelas macam biasa
Tapi keadaannya dah tak biasa
Kita tak gaduh, tak bertengkar
Kita cuma jauh, sangat jauh

Sampai tahun ke-13
Sekolah bukan lagi sama
Otak aku tak terfikir nak cari kau
Sekolah kau tak jauh mana pun
Tapi aku cuma tak tahu
Aku jadi orang lain
Sebab suasana sekolah aku dah lain
Dekat sini tak ada engkau
Mahupun spesies engkau
Hanya ada spesies aku
Iklim aku berubah
Penyesuaian diri katanya

Sampai sekarang terus jauh
Aku dah terima semua
Sumpah aku sedih
Tapi dah tak boleh ubah
Klise ini hakikat bagi aku
Aku berimpian macam dulu
Seperti kehidupan tahun ke - 10
Tapi semua mustahil berlaku
Tak mengapa untuk semua itu
Sekurang - kurangnya aku punya sesuatu
Kenangan dan impian
Tentang seorang sahabat lama
Yang kian menjauh dari mata
Mungkin juga di kotak minda, akal dan, hati

p/s ; tentang insan ini, aku masih berhubung dengan dia. cuma dah tak macam dulu. atas sebab apa? entah. soalan yang tak mungkin ada jawapan. sampai bila - bila. maaf andai ada orang yang terasa atau kecil hati. kalau ada sesiapa yang mengenali insan ini, jangan buat apa - apa.

1 comment: