Thursday, June 23, 2011

68. aku masih manusia

Hari ini bapak aku ambil aku balik dari sekolah. Lalu, pergi ke sebuah tempat @ warung untuk beli makanan seperti kuih - muih atau yang sama waktu dengannya lah. Setibanya di sana, aku terlihat dari jauh, kepala yang berambut pacak. Wah nervous ==' [sebab aku sekolah perempuan dan akan nano bila jumpa lelaki]. Hahaha.

Semakin mendekati warung itu, aku terlupa tentang si rambut pacak. Sampai di hadapan warung, wah banyaknya kuih. Dah tak tahu nak pilih yang mana. Mata tengok kuih je tapi dari ekor mata nampak si rambut pacak tu dekat bahagian dalam warung tu, macam dekat dapur dia lah lebih kurang. Aku angkat muka, nampak muka dia pucat dan kurus. Tapi tak ada lah kurus sangat. Aku cepat - cepat pandang kuih balik sebab waktu tu dia pun tengah tengok aku.

Pilih kuih lagi. Sempat jeling - jeling lagi tengok si rambut pacak tu. Dan pada ketika itu, aku ternampak yang dia rupanya naik kerusi roda. Tapi aku tak tahu lah pula kenapa kerusi roda dia tinggi. Mungkin sebab itu kerusi roda mahal. Terpandang dia lagi, dia tengah tengok aku lagi. Ah sudah. Otak dah beku, jadi cuma beli kuih keria, keropok lekor, kuih koci dan satu kuih yang aku tak tahu namanya. Itu saja.

Pulang. Sebeban rasa kasihan pada si rambut pacak itu. Secara jujurnya, dia memang hensem. Cuma muka dia pucat dan kurus. Aku bukan kasihan kerana dia hensem. Aku tanya pada kawanku di Facebook tentang si rambut pacak tu. Mana lah tahu dia kenal. Dan ya, dia memang kenal si rambut pacak tu.

Aku tanya itu dan ini pada kawanku itu. Serba sedikit tentang si rambut pacak itu dapat aku ketahui. Apa yang telah aku dapat ketahui? Aku share sikit ya. Dia tu sebaya aku [17 tahun]. Dulu dia normal [boleh jalan macam kita]. Sebab dia jadi macam tu? Ha yang itu, kalau jumpa korang, aku cerita lebih lagi ya. Kalau tak jumpa, tak ada cerita lah. Hehehe.

Oleh itu, bersyukur lah dengan apa yang kita ada, ya kawan - kawan :)

4 comments:

tyra-ssi said...

ah . nak tau jugak . gila sadis gua jauh ==
kau bercerita macam buat novel or cerpen pendek kau tau . mak aih , curiousnya nak tau sambungan cerita itu .

NSMA :| said...

nanti jumpa aku cerita ya. tapi aku tak ada la tau banyak sgt pasal dia tu.

Nur Hanani Zolzali :) said...

Sy rasa sy tahuu siapa yg anda maksudkan :) Dh lama kenal 'si rmbut pacak' tuu kot .

NSMA :| said...

really? okay. later story ya :)