Sunday, August 21, 2011

77. Ini blog aku

Ada lagi satu cerita. Hari Khamis hari tu aku online Facebook. Ada orang hantar mesej dekat inbox. Dia tulis, 'Nice blog. Blog yang paling jujur pernah saya baca :)'. Ok terperanjat Boboi. Hehe. Dah tertanya - tanya lagi. Mana kakak [penghantar mesej] ni jumpa blog aku. Tadi berbalas - balas mesej dengan dia. Dia kata ada kawan dia bagi link blog ni dekat dia. Terima kasih kawan 'dia'. Dia kata, kawan dia tu pun follow blog aku juga tapi aku tak tahu siapa. Dia [yang hantar mesej dekat inbox ni] kawan abang aku yang kedua dekat universiti. Oh begitu. Hehe. Dia kata dia suka baca blog aku sebab ikhlas.

Ikhlas tang mana cek pun tak tahu la. Tapi dia kata, ada orang suka cerita benda yang baik baik je, yang boleh buat dia rasa dikagumi je. Nampak ada kepura - puraan lah dekat situ. Aku pun tak ada lah nak kutuk orang cuma memang takkan ada siapa yang nak dipandang rendah kan?

Aku cakap aku post dekat blog apa yang aku rasa. Bukan nak kejar apa - apa pun, macam populariti ke, followers yang ramai ke, atau apa sekalipun. Aku cuma nak bagi orang berfikir. Kalau orang dah baca blog aku pun masih tak terfikir apa - apa, itu atas diri masing - masing lah. Nur Syahirah Mohd Amri ini hanya melakukan apa yang dia mampu sahaja.

Aku cuma nak cakap, terima kasih kepada semua followers. Kepada sesiapa yang membaca dan terus membaca blog ni, terima kasih. Kepada silent readers, kalau ada, terima kasih. Dan yang paling penting, kepada semua orang yang aku pernah cerita dalam blog ni, terima kasih banyak - banyak. Kalau tak ada korang, tak ada lah post yang baru dan baru lagi sampai dah dekat 100 post dah. Kan? Hehehe.

Itu saja. Assalamualaikum.

p/s : Aku janji takkan tukar link untuk blog ni lagi.

No comments: