Sunday, September 25, 2011

81. Ke mana lagi ni? [ART FOR GRABS]

Hari ini 25 September 2011. Minggu lepas, hari Sabtu, 17 September 2011, aku pergi ART FOR GRABS @ Central Market Annexe bersama dengan adik, Muhammad Shafrul dan 3 orang sepupu di Kuala Lumpur, Nur Nadirah, Nur Nazurah & Nur Nabilah. Sebenarnya aku pergi CM sebab ada pelancaran novel Jerat & Ngeri terbitan Fixi dan juga novel Nurul Asyikin terbitan Siluet Books. Novel Jerat hasil karya Dayang Noor, novel Ngeri karya Gina Yap Lai Yong & novel Nurul Asyikin hasil tulisan Aloy Paradoks.

Pada hari itu, aku bangun je dah pukul 9 lebih. Sepupu yang lain belum bangun lagi. Adik aku dah siap mandi ha. Semangat dia. Sebenarnya tak ramai yang tahu aku nak pergi pelancaran novel tu. Diorang cuma tahu aku nak pergi CM je. Siap siap siap. Pukul 12.45 gerak dari rumah. Naik LRT dari Taman Melati ke Pasar Seni. Sampai sana dalam 1.15. Pelancaran buku tu mula pukul 1. Tapi kitorang tak tahu macam mana nak pergi CM Annexe tu. Pusing pusing tanya orang. Baru sampai.



* gambar gambar di CM

Sampai sana, tak terus tengok pelancaran buku tu. Pergi booth booth yang ada dekat situ. Pergi booth I ♥ Badges. Aku tak beli apa apa. Sepupu sepupu je yang beli.


* badge dekat I ♥ Badges

Lepas tu, aku dengan Nur Nadirah je yang pergi tengok pelancaran novel novel tu. Habis dalam pukul 2.


* yang pegang mic tu Aloy :)

Yang lain, pergi tengok tengok booth dekat luar tu. Diorang jumpa booth Chow Kit Kita. Adik aku & Nur Nazurah beli t-shirt, Nur Nabilah beli beg.



* Chow Kit Kita :)

Aku beli novel Jerat, Ngeri, Nurul Asyikin dengan Bogel Menuju Tuhan (buku Zahiril Adzim). Buku Zahiril Adzim dapat harga RM10 je. Kalau kat luar RM30. Hehehe. Tapi bukunya ada rosak sikit la. Tapi bukunya boleh dibaca lagi. Hehehe. Kesemua novel yang dibeli dapat tandatangan penulis dia :D

* suka eh dapat beg Fixi. Hehehe.

Dalam pukul 3 kitorang gerak dari CM pergi KLCC. Dekat sana, nak beli tiket LRT punya lah panjang beratur. Semua mesin tiket yang ada tak boleh pakai. Semua minta duit syiling memanjang. Kalau dah sampai RM10, mana nak cekau syiling kan? Lepas beli tiket, kitorang solat & makan. Lepas makan, pergi Kinokuniya (dekat Kinokuniya tiada gambar).

* sepupu, Nur Nabilah, 14

*aku & sepupu, Nur Nadirah [kitorang sebaya]

* sepupu, Nur Nazurah, 15

* adik aku, Muhammad Shafrul, 16

Dari KLCC, gerak pergi Wangsa Walk Mall pula. Tak buat atau beli apa apa pun. Sepupu je beli ice blended tak tahu nama. Hehehehehe. Lepas tu, gerak pergi stesen LRT. Naik LRT balik. Sampai rumah dekat pukul 8.

Ok dah habis cerita. Malam tu pergi Tutti frutti. RM 11.20 woah habis. Kongsi dengan Nur Nadirah. Hehehe.

Ok bye. Assalamualaikum.

p/s ; Aku akan sentiasa berfikir dulu sebelum bercakap supaya aku tak kelihatan kurang pandai. Supaya apa yang aku cakap selari dengan apa yang hati aku rasa. Terima kasih Pali7x.