Sunday, October 9, 2011

87. AF, ini untuk kau

Maaf. Aku tak terasa dengan itu. Sebab untuk itu, sangat umum. Tanpa sebut nama, tanpa pandang sesiapa, tanpa jeling sesiapa, tanpa tunjuk sesiapa, tanpa beri sesiapa dengar, tanpa beri secalit pun calar, hanya beri semua baca. Tiada intonasi. Tanpa ancaman. Hanya tulisan kosong yang tidak terkena pada sesiapa pun andai kau benar mahu menembak. Tapi betul tak telahan aku? Kau memang mahu menembakkan? Sebelum kau menembak aku, mahupun orang yang seangkatan dengan aku, kenapa tak kau tembak di cermin dahulu? Biar kena kau. Mungkin kau akan kata, 'oh aku tak sebodoh itu untuk menembak diri aku sendiri'. Tapi bukankah lebih bodoh rasanya jika kau menembak tanpa terkena sesiapa. Sekarang kau faham? Bukankah kau membaca 'Bogel Menuju Tuhan', 'Contengan Jalanan', mendengar puisi - puisi dan menulis juga. Kau patut faham bahasa - bahasa kiasan dan bahasa tubuh yang bertanda apa - apa.

Dan kini, kau kata kau sedar, bila kau sedar, hanya kini baru kau sedar? Memang benar baru kini? Atau baru kini kau merasa apa yang kami buat sudah sangat - sangat mengancam kau.
Seperti apa yang kau kata, 'hanya tinggalkan mereka dan lupakan saja'. Memang benar baru kini kau sedar?

Andai betul kau kata, kami menjengkelkan, kau juga.
Andai benar kau kata, kami hipokrit, kau lebih lagi.
Andai benar kau kata, kami tidak boleh dijadikan teladan, kau juga.
Andai benar kau kata, kami langsung dah tak sekepala, nasib kau sedar.
Andai benar kau rasa, kami memang takkan tolong bila kau susah, betul kau rasa macam tu? Atau kau hanya berkata - kata.
Andai benar kau kata kami hanya pandai bermuka - muka dan suka cakap belakang, bukan itu saja yang kami pandai, banyak lagi.

Betul kau takkan kawan dengan kami sampai mati? Cuma kami? Bagaimana dengan orang itu dan ini yang selalu kau sebut, kau tunjuk, kau cerita, kau pandang, kau endah, semua kawan dengan kau sampai mati? Kau yakin itu?

Benar kau yakin kami mengutuk dalam hati? Bagaimana dengan kau? Mengutuk depan - depan, kan? Sama saja, wahai gadis. Cari point untuk bergosip? Benar itu apa yang kami cari? Atau itu sebenarnya memang dah terbentang depan mata? Memang itu yang kau beri, memang itu apa yang kau tunjukkan. Tak payah cari lagi.

Benar kau tak perlu followers yang ramai? Kau yakin? Dan kau yakin semua yang baca blog kau itu ikhlas? Kau yakin ke kawan? Cuba fikir lagi. Lagi, lagi, dan lagi. Jangan risau. Otak kau takkan lebur kau fikir lebih dalam pun. Memori kau takkan hilang, lakonan kau takkan tumpul. Jangan risaukan itu.

Masalah, hutang, style, over, talented, ramai kawan? Kau rasa kau boleh berbangga dengan semua itu? Tuhan juga beri semua orang apa yang kau ada. Jangan berbangga sebab semua pun bukan milik kau. Tuhan itu Maha Adil, al - 'Adl. Jadi kalau kau rasa, benar kami dah buat itu ini pada kau, kenapa tak kau 'hanya tinggalkan mereka dan lupakan saja'. Kerana apa yang kami buat, Tuhan akan balas. Begitu juga dengan apa yang kau buat.

Kini, kau faham? Kau tipu, kau menunjuk, kau berbangga. Aku faham orang setiap zarah gerak lakunya. Aku boleh baca. Dan kau, aku masih punya mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, mulut untuk berbicara, tangan untuk menggapai, kaki untuk berjalan.

Terima kasih atas semua pertolongan. Kurang terima kasih untuk cerita - cerita lolongan. Aku tahu, kau juga kagum dengan aku, kan? Sudah, aku perasan. Tinggal.

p/s ; Untuk kata- kata terakhir. Aku menembak kena sasaran tak?
Untuk kawan - kawan, jangan risau. Aku masih punya korang, korang masih punya aku. Kita sekelas.

7 comments:

SYAZANA 'ALIA said...

GO CICA! HAHA :D

Nabihah Nazri said...

Kita sayang awak Syahirah Amri :*

RS said...

ehemm ehemm ! sharp shooter la awak :*

Farny Jaafar said...

cool gila (Y)
kalau aku ada lagi pedass dia dapat xD

gebu said...

kite suke ini post :D

ARIFAAA :) said...

awesome la cica
haha memang kene tepat2
:*

faten said...

nice one !