Friday, November 18, 2011

96. Cerita harimau ke?

Assalamualaikum. Hello there, world!
Perlulah ada 'world' tu sebab nak cerita pasal perlawanan antara Malaysia dengan Indonesia @ Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia tadi. Hehehe. Macam lah ada orang Indonesia teringin baca blog anak Malaysia ni.

Ya aku tahu mesti ramai orang akan update blog pasal perlawanan ni. Aku pun nak update tapi aku bukanlah nak jadi pengulas sukan nak mengulas pasal perlawanan tadi ya. Cuma nak buat rumusan dan cerita sikit - sikit je.

Aku punya rumusan & cerita ;

1. Aku rasa macam nak menangis bila tengok orang Indonesia main - main hon 'pett pett pett' tu dan buat bising dan tak berdiri langsung bila lagu 'Negaraku' berkumandang. Memang tersentap sangat weh. Tak apa. Kita sabar ya Malaysia :)

2. Aku menjerit kuat - kuat macam aku yang ada dekat stadium tu bila Malaysia dapat gol. Macam aku punya jerit tu boleh dengar sampai Indonesia je. Tapi dah geram sangat, macam tu lah jadinya.

3. Aku juga tepuk tangan sekuat hati bila Malaysia berjaya menyumbatkan gol pada minit ke-17. Sampai merah - merah tangan aku. Gembira punya pasal.

4. Aku rasa marah sangat bila Ong Kim Swee disuruh keluar dari bahagian teknikal tu, dari bangku jurulatih tepi padang tu. Nak main perang psikologi pulak dia. Aku pun tak tahu lah apa salah dia sampai disuruh keluar. Tak apa coach. YOU ROCK!

5. Aku kesian tengok player Malaysia yang kena begitu begini [tackle, tolak, tarik, sepak] oleh pemain Indonesia. Aku rasa macam itu salah satu daripada provokasi nak bagi pemain Malaysia marah dan cari gaduh. Kalau gaduh, nanti kena kad.

6. Diego apa entah nama dia tu, pemain Indonesia jersi 24 asyik lah langgar tolak tarik Izzaq Faris. Dia tu saja je nak bagi Izzaq naik marah supaya Izzaq dapat kad merah sebab waktu tu Izzaq dah ada 1 kad kuning. Kalau provokan dia menjadi dan Izzaq naik marah, Izzaq akan dapat lagi 1 kad kuning dan mungkin kad merah terus. Tapi Izzaq rileks je, cool je. Hehehe. Last - last Diego tu yang dapat kad kuning.

*Aku baru tahu yang dia ni kidal. Smart weh!

7. Syahrul Azwari ni, kalau korang tengok masa Malaysia lawan Thailand hari tu, dia banyak kali dapat bola tapi tak masuk gol. Aku dekat rumah tengok, "Alamak, camane boleh tak gol? Ha takpe takpe. Nanti lawan Indonesia awak golkan banyak banyak eh". Ha tetiba pulak malam ni dia dapat jadi hero. Dapat golkan untuk Malaysia. Gol kemenangan Malaysia. Ha camane tu? Ada kimia tak? Ah sudah. Hahaha.

*Syahrul Azwari yang belah kiri :)

8. Aku takut tengok stadium tu penuh dengan warna merah. Masa player Malaysia dapat bola, kena 'booo'. Memang bergema lah stadium tu kan. Nasib baik diorang ni semua mental kuat :)

9. AKU SAYANG MALAYSIA! ♥

10. GO HARIMAU MALAYA! :D

p/s ; Aku harap Malaysia akan menang bila lawan Myanmar nanti. Andai ada rezeki untuk ke final, aku harap Malaysia dapat bawa pulang pingat emas. Insya - Allah. Sama - sama doakan :D

2 comments:

faten said...

perempuan kalau tgok bola excited punya pasal memang mcm ni. hihi kite sorang perempuan dlm family kite yg tgok bola. kite kena marah sbb bising sgt =='

Nur Syahirah Mohd Amri said...

hahaha. kesian aten. kalau family kita, mak kita pun join sekali tengok bola. hehe. tapi kalau perempuan tengok bola memang excited nya terlebih sikit. hehe.