Saturday, November 26, 2011

97. Soalan 1 : Kenapa aku tak pernah bercinta?

Assalamualaikum.
Kawan - kawan, tengok tajuk tu. Haha. Apa lah. Orang tengah SPM, aku sibuk nak cakap pasal cinta pulak. Tak apa. Rileks lah kan? Hehehe.

Ok pos ni memang panjang ya. Aku memang nak membebel ni.

Untuk sesiapa yang dah lama kenal aku, tak kisah lah saudara mara ke, kawan kawan ke, keluarga terdekat ke, atau sesiapa pun lah yang kenal aku, kebanyakan daripada diorang tahu yang aku tak pernah ada couple.

Ya, aku tak pernah couple. Ini pemberitahuan untuk kawan - kawan baru, followers yang tak kenal aku dan juga untuk mereka yang tak tahu. Hehehe. Nak tahu sebab apa?

Sebabnya ada banyak tau. Aku bagi satu persatu ya.

1) Diminati
Sebenarnya lah kan, aku ni bukan lah nak bangga diri ke apa. Aku ni bukannya tak pernah ada peminat langsung. Ada tapi aku tak minat dengan diorang. Hehehe. Cakap macam bagus. Ataupun aku memang tak pernah kisah pun kalau ada orang cakap dia suka aku / minat aku / nak couple dengan aku. Bukanlah tak kisah langsung tapi aku tak nak perkara tu mengganggu otak aku. Korang faham tak? Hehehehe. Tapi ini cerita lama lah. Yang aku ingat, orang terakhir yang cakap dia suka aku / minta couple dengan aku adalah pada bulan Oktober tahun lepas. Ha dah lama sangat kan? Hehehe. Nak tahu siapa? Eh tak payah lah. Ah gedik kau Syahirah.

Eh tapi kan, ada sorang orang Pakistan ni suka aku weh. Dulu la, beberapa bulan lepas. Dia kerja kat mamak. Aku selalu pergi kedai mamak tu. Hahahaha. Tak tahu lah sekarang camane pulak. Harap harap tidak lah aku diminati dia lagi. Hahaha.

2) Meminati
Aku nak buat pengakuan ni. Aku pun ada jugak minat orang sana sini. Tapi orang tu tak minat kat aku pun. Tak pandang aku pun. Aku terima semua tu sebab aku tahu aku tak lawa macam orang lain. Aku tak menarik perhatian macam orang lain. Aku tahu aku ordinary dan tak outstanding langsung macam orang lain. Aku terima weh. Dan sebenarnya kebanyakan orang yang aku minat ni pun, bukannya aku rapat sangat. Aku cuma tak sengaja terminat. Hehehe.

Tapi kan, ada sesetengah orang, diorang sangat susah untuk lupakan orang yang dia minat tu. Walau bagaimanapun, bagi aku, senang je. Eh tapi tak ada lah senang sangat pun. Hehe. Nak tahu camane? Aku cuma perlu tahu yang dia tu dah ada girlfriend ataupun ada orang lain minat dia ataupun ada terlalu ramai perempuan yang minat dia. Dengan cara ini, aku akan back off sendiri dan lupakan orang tu. Secara perlahan - lahan.

Kalau orang cakap, 'alah baru couple, bukannya kahwin, orang dah kahwin pun boleh cerai lagilah kalau couple'. Ya aku tahu. Memang betul. Tapi serious weh aku cakap. Aku tak suka tengok orang rasa kehilangan sebab nanti aku akan rasa benda yang sama. Korang tak rasa ke? Lagipun, kalau aku cuba capai kebahagiaan aku yang aku sendiri tak pasti kekal atau tidak dengan merosakkan kebahagiaan orang lain, tak baik tau. Aku lebih rela tarik diri daripada rampas kebahagiaan orang lain.

Lagipun, aku sendiri pernah ada pengalaman lebih kurang macam apa yang aku tak nak buat dekat orang lain ni. Alah rampas - merampas ni lah. Tapi ini bukan kes rampas. Ini kes tikam. Nasib baik lelaki tu tak jadi boyfriend aku lagi masa tu. Hehehehe. Camane rasa dia? Boleh tahan sakit lah. Alah tapi lama - lama ok lah. Cuma macam biasa lah. Every cut got scars. And some of the scars wound a bit deeper. What about this scar? Ah I don't know.

3) Khayalan
Ha kalau yang ni mesti ramai terasa punya. Tapi sebab yang ni macam tak logik sikit. Hehe.

Semua orang ada idola masing masing yang terdiri daripada artis ke, ahli sukan ke, ahli perniagaan ke, kan? Aku pun ada. Jadi disebabkan itu, aku nak orang yang macam idola aku tu. Angan - angannya lah. Hehehe. Tapi aku bukan jenis kemaruk yang macam, 'eh ***** I punya lah. I girlfriend dia' / 'eh kenapa ramai sangat orang pakai DP gambar boyfriend I ni?' *selalunya football player. Tak eh. Aku bukan jenis yang macam tu. Tapi antara orang yang aku minat, diorang ni lah :

*Beto Kusyairy :)


*Baddrol Bakhtiar :)

*Zahiril Adzim :)

*Ustaz Don Daniyal Don Biyajid :)


*Hezry Hafidz (AG)

Ya, ada sesetengah daripada public figure yang aku minat tu sebab penampilan dia. Muka dia hensem ke, dia tinggi ke, kulit hitam manis ke, kening tebal ke, kan? Hehehe. Tapi korang faham sendiri lah, kalau memang dah minat kan. Nak buat camane. Tapi diorang ni public figure kot, memang lah ramai orang minat. Korang doa je lah yang terbaik. Betul tak? Mana lah tahu tiba - tiba memang idola korang tu jodoh korang. Hahahaha. Kalau tak pun, mungkin akan dapat orang yang macam idola korang tu. Hehehe.
__________________________________________________________________________________
Aku sebenarnya selalu juga terfikir pasal couple ni. Tertanya - tanya juga kenapa aku tak pernah ada couple. Hey aku dah umur 17 tahun tau. Ada orang tu, umur baru 17 dah ada se-platun dah ex - boyfriend dia tau. Hahahahaha. Tapi aku bersyukur lah aku tak ada boyfriend sebenarnya. Aku cuma follow the flow dan tak nak jadi perempuan yang nampak murah dan senang dapat. Cuma kadang - kadang je lah rasa lain sikit. Hehe. Alah biasa lah tu.

So, sebenarnya semua ni nampak macam aku sendiri punya pasal lah yang membuatkan aku tak pernah ada couple. Bukan pasal orang yang minat aku, bukan pasal orang yang aku minat, dan juga bukan pasal khayalan angan - angan tu. Hehehe.

Eh tapi tak apa lah. Aku pun rasanya tak suka terikat dengan komitmen ni. Lagipun umur aku baru 17. Jauh lagi perjalanan ke jinjang pelamin. Hahaha. Aku cuma harap kalau satu hari nanti ditakdirkan yang aku akan ada teman hidup, aku harap itu yang awal dan akhir sehingga ke syurga weh. Hehehe.

*Status aku suatu masa dulu di Facebook.
-Makin lama, aku makin rasa COUPLE itu adalah sangat tidak munasabah untuk budak sekolah-


Doakan untuk kebaikan bersama semuanya :)

p/s ; Ha tengok idola aku. Bervariasi kan? Macam - macam ada. Hehe.

9 comments:

RS said...

suka lah baca post ni :')

MM said...

Rilek dlu, tk payah fikir pun pasal couple2 ni. Kak Murni pun sendiri dah umur 24 tahun xfikir benda2 gini. Bercinta pas kahwin jelah. Couple2 ni fake semata-mata. :)

.anesh. said...

tak ada salahnya punn . awak kan satu geng dengan kita . geng takde pakwe alah lagi senang tapayah nak gaduh gaduh takpayah nak merajuk nak cemburu kan kan ? wink wink :)

faten said...

muka beto tu macam , macam ala macam hihi :D btw , kite punn suka baddrol tu. kite suka berangan. tinggi angan-angan haha :P

atikah tikah said...

Haha..sy pon xpenah kapel2 ni..umor da 18..kira ktew ni special tau sbb zman skang jarang sgt yg xprnah kapel2 ni...huhu

ayu misz said...

rilek la..panjang lgy perjlnan...dari dlu smpi now 19 still xde couple.kat U nie berlambak je laki but xsemo yg bole harap..yg paling penting kite bkn xlaku but sje nk jual mahal apa class nk buat jualan murah megasale igt kite nie sng nk dpt kew..limited edition hokey!!!the most important bior org ske kite bkn kite ske org bagai nk rak..n paling3 penting kne jga penampilan so ramai peminat,lps tu kite just pilih jee..hohoho

taetae V said...

Sama ah cam aku. Pelik?? Kenapa aku rasa aku sorang je yg x couple2 lgi. Senanya apa yg ko post sebijik cam realiti aku. Ada gak terpikir nak couple tpi bila pikir2, aku ni jenis yg x nak terlalu terikat/berkepit. Aku ni sorang suka freedom. Aku nak aq bebas wat apa ape yg aq nak wat

Wan Syahidan said...

Boleh nk bertanya sesuatu

Anonymous said...

SUKA KOTE BESHAR