Wednesday, November 30, 2011

98. Ini pos orang jakun, berlagak lagi menunjuk

Assalamualaikum.
Tadi dalam pukul 7.45 malam aku telah menaiki kereta menuju ke Angsana. Nak buat apa weh pergi Angsana? Ha aku nak memenuhi hasrat, hajat, dan kehendak hati aku untuk mempunyai sepasang kasut Converse yang sentiasa menjadi idaman hati. Hehehe. Aku beli kat Silver Planet je.

Sebenarnya, aku dah pergi kedai tu 3 kali dah. Tapi ada lah beberapa hal tertentu yang membuatkan aku tak jadi beli Converse tu. Salah satu sebabnya ialah tiada saiz aku, saiz 5 dan juga kesuntukan masa nak memilih. Tadi pun pergi aku dah tak tahu nak yang mana. Banyak pilhan tapi tak ada saiz aku. Aku tak kisah lah kalau kasut tu pattern lama asalkan kena dengan aku dan aku suka kasut tu. Ok stop the cerita. Ini kasutnya.


KUNING WEH!
*Line dia hitam. Hitam kuning hitam kuning hitam kuning hitam kuning. GO TIGER!

Ok aku tahu macam lame gila masukkan gambar banyak banyak. Tapi tak apa lah. Kata pos jakun. Sekali sekala je ni weh. Bukannya aku masukkan gambar cantik cantik, edit sana sini, gambar buat muka comel mahupun gambar bersama gitar. Almaklumlah, sekarang ni kalau nak famous senang je. Gitar sebagai modal. Ah faham faham sendiri lah weh.

Ha lagi satu nak jakun juga ni. Esok kan, kita kan, nak pergi KL tau. Naik bas pukul 3.00 petang. Tiket bas dah beli dah. RM31.30 je. Apa? SPM tak habis lagi? Alah biarlah. PA je tu. Zup zap zup zap pun boleh dapat A+. Kita nak pergi I Love Bazaar kat Subang Parade. Hahaha. Sudah lah Syahirah. Please keep low profile. Tak payah nak jakun sangat. Orang tak heran pun. Kang PA kau tu drop baru padan muka. Haaaaaaaa.

Eh takde lah geng. Aku saja je nak release tension sikit pergi KL. Dapat jumpa sepupu yang berjauhan di sana. Bukan sebab bangga sangat dapat jalan - jalan dekat KL tu. Kalau sepupu aku tu duduk Kedah sekalipun, aku sanggup pergi. Eh kenapa Kedah? Ada lah. Hehehe.

Aku minta maaf kalau ada sesiapa tersinggung dengan sebarang isi yang terdapat dalam pos jakun ini. Maaf.

Ok lah sampai sini dulu. Jumpa lagi nanti. Bye. Assalamualaikum.

p/s ; The first ever Converse shoes that I have.

3 comments:

gebu said...

haha syahirah jakun :) lawa la kuning dia weh.

RS said...

for crying out loud , lawa gila wehhhh ! glad to know you'd own what you wanted most . so i'm happy for you :D

faten said...

wahh semangat Malaysia :) kite suka kasut awak. lawa. kite tkde pun kasut mcmtu. nanti lah kite cari pula. good luck nanti PA tauu :) lepas habis PA pergilah bercuti dkt kedah pula ehh ? hihi.