Thursday, December 8, 2011

100. Kembarkah kami?

Assalamualaikum :)

Hari ni, aku nak bercerita pasal sepupu aku 2 orang. Mereka ini sebaya aku, 17 tahun, calon SPM. Hehe. So, kalau dah sebaya, mesti lah tinggi dan saiz badan tu lebih kurang je kan. Hehehe. Mereka ni sepupu sebelah emak. Jadi kami bertiga ada darah Jawa :)

Untuk pengetahuan korang, ramai orang yang ingat kitorang ni adik - beradik. Kalau keluar sama - sama, selalunya lah, ada je orang yang akan ingat kitorang ni adik - beradik. Siapa adik siapa kakak pun tak tahu la. Hehehe. Sini tengok gambar aku dengan diorang. Meh aku introduce mereka eh.


Ini Tira. Dia lahir 15 Mac 1994 @ 2 Syawal [tak tahu berapa Hijrah]. Dulu masa kecik kecik, orang selalu ingat kitorang ni kembar sebab aku lahir 4 April 1994 @ 22 Syawal. Jadi kitorang sama besar. Hehehehehe. Umur pun beza 3 minggu je. Hehehe. Sampai dah besar pun, masih ada orang yang ingat kitorang ni kembar. Kalau tak pun, adik - beradik. Kitorang rapat. Selalu meluahkan perasaan sama - sama. Banyak benda kitorang share bersama - sama. Hehehehe.But as we are growing, banyak hal jadi sana sini. Tapi aku tak pernah marah dia. Aku tak pernah salahkan dia. Aku marah diri aku juga sebenarnya. Keadaan tolak aku ke arah apa yang telah berlaku. Eh tapi aku still baik dengan dia lah. Aku tengah rindu dia ni. Lama tak lepak dengan dia. Hehe. Dia ada blog. Tu ha dah link kan kat nama dia. Singgah la :) *Amacam sama tak muka kitorang?

2) Nur Nadirah Sanib :)
Ini Wawa. Dia lahir 28 Ogos 1994. Berapa Zulkaedah tak tahu pulak aku. Hehehe. Sorry Wawa. Masa kecik - kecik sebenarnya tak rapat sangat dengan dia ni sebab dia duduk nun jauh dekat Kuala Lumpur. Aku duduk Johor je. Hehe. Jadi cerita masa kecik - kecik tak berapa banyak dan tak berapa ingat lah. Tak macam dengan Tira. Hehe. Tapi bila dah besar ni, kitorang dah makin rapat. Selalu jumpa atau contact dia. Dan disebabkan selalu jumpa, kitorang selalu keluar. Yelah sekali sekala jumpa, enjoy lah. Hehe. Dan disebabkan juga selalu keluar, dah berlaku 2 insiden yang orang ingat kitorang ni adik - beradik. First masa pergi Uya Distro yang aku pernah cerita dulu [linked]. Lagi satu, hari tu masa kitorang pergi Subang Jaya. Orang ingat kami ni adik - beradik jugak. Hehe. Tapi kitorang ada 1 persamaan. Kami minat Baddrol Bakhtiar :D *Amacam sama tak muka kitorang?

3) Kalau masih tak sama?

Ataupun korang nak bandingkan muka Tira dengan Wawa? Pun boleh jugak. Ha kalau diorang ni, tak tahu lah pulak kalau ada orang ingat diorang ni adik - beradik. Diorang tak ada pulak cerita apa - apa kat aku. Hehehe. *Amacam sama tak muka diorang?


Okay bye :)

p/s ; Kalau yang ni sama tak? Hahahahaha ;D *Mampus terlebih dos perasan


3 comments:

awun hairudin said...

bolee lahh :) yg bawah sekali tuhh sama seyhh :P by : HAZWANI HAIRUDIN <3

gebu said...

perghh yg bawah sekali tu tak tahan. haha
tapi yang dengan Wawa tu ada sama. Tira tak sangat.

faten said...

yg bawah tu alolololo kemainnn :D