Wednesday, December 21, 2011

101. This is about a guy

Assalamualaikum.

Hari ni aku keluar dengan kawan. Ke mana? Alah pergi City Square [CS] tu je lah. Hehehe. Bukan itu yang aku nak ceritakan. Aku nak cerita pasal orang yang aku jumpa kat CS tadi. Eh sebenarnya nak cakap pasal seorang je. Hehehe.

Tadi, setelah penat berjalan, aku dengan kawan aku [RS] duduk kat 1 tempat dalam CS tu. Alah yang bawah escalator dekat Baskin Robins tu. Ha pastu, time kitorang tengah duduk berbual dengan santainya [siap buka kasut tau], datang a guy bawak beg tepi ada bentuk love love warna pink dan sebuah iPad 2 [agaknya] berwarna putih bersama 2 orang kanak - kanak lelaki duduk berdekatan dengan kami. That guy nampak macam berusia sebaya aku je. Ataupun lebih kurang tua setahun dua je daripada aku. Dia tinggi. Pakai kasut Converse. Tapi kasut tu macam kasut sekolah dia, dia pakai untuk pergi jalan sekali. Sebab dia pakai Converse putih dan macam kotor kotor pergi sekolah. Alah kotor macam kasut sekolah lah. Hehehe.

Pastu dia duduk situ, bebudak kecik tu duduk sebelah dia. Dalam sebaris 3 orang tu, dia duduk hujung lah. Pastu dia ajar bebudak tu main iPad 2 tu. Bebudak tu excited lah. 'Abang ni, tu *entah apa diorang cakap' [sambil tunjuk tunjuk iPad2 tu la]. Pastu that guy bagi budak yang sebelah dia pulak main. Dia duduk je kat tepi tengok. Lepas budak tu main, lagi sorang pulak. So, budak yang sebelah dia tu bosan, dia main main rambut that guy. Comel sangat budak kecik tu. Yang that guy pun tak marah. Biar je budak tu main main rambut dia, serabutkan rambut dia.

Lepas bebudak tu semua dah habis main, bagi balik iPad 2 tu dekat dia. Pastu dia main, yang bebudak ni kerumun lah dia. Tengok dia main. Dia pun layan je bebudak tu. Tak marah, tak naik kan suara, tak kisah pasal orang sekeliling, tak malu. Aku rasa susah sikit nak cari orang macam tu sekarang. Tak kisah lah lelaki ke, perempuan ke. Hehehe.

Lepas tu nak balik, lalu depan dia. Nampak lah muka dia. Dan tetiba pulak time tu dia nak angkat muka daripada iPad 2 tu dan memandang ke depan. Ok muka dia agak hensem. Macam muka Asraruddin Putra Omar + Muslim Ahmad. Boleh bayang camane? Hehehe. Tapi mata dia takde lah sepet macam Muslim tu. Hehehe.

Ni ha gambar dia dari belakang aku sempat curi curi tangkap. Tapi blur lah. Alah biasa lah, gambar curi. Hehehe.

*Tu ha beg pink dia tu. Hehehe.

*Ni tengah khusyuk main game. Budak kecik ni comel ;D

6 comments:

faten said...

macam Asraruddin ? wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :D

pali7x said...

ini stalking sangat bahaya :D

RS said...

wewittttt ! tengokla siapa amekan gambar kan ? LOL . mmg handsome :D

tyra|JOHARI'S said...

syahirah dah naik pangkat lah jadi stalker ni . wah wah . Sifu ! :DD

gebu said...

ewah ewah kemain lagi Cica sekarang :) awesome la kalau dah macam Muslim Ahmad tuh. haha auww auww.

.anesh. said...

boleh jatuh cinta ni muahahha