Saturday, January 28, 2012

109. #30FactsAboutMe

Assalamualaikum, semua :)

Tengok tajuk tu. Hashtag kat twitter. Hahaha. Aku nak buat sebenarnya tapi kalau kat twitter malas lah. Tu pasal la aku nak buat kat sini. Boleh jugak kan? Diterima kan? Mampus takde orang kisah. Haha.

Ok ni nak mula ni. 30 tau. Banyak tu. Ok.... 1, 2, GO!

1) Nama aku Nur Syahirah binti Mohd Amri. Sebenarnya bapak aku nak bagi aku nama Irma Syahirah. Mak aku nak bagi aku nama Yang Nur Syahirah. Tapi tak jadi. Tu yang dapat Nur Syahirah je. Hehehe.

2) Aku dilahirkan pada 4/4/1994 pada pukul 4.09 petang di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. Cool kan? Forever Four!

3) Aku orang Johor weh! :D

4) Aku ada 4 orang adik beradik. Aku anak ketiga.

5) Aku ada 2 orang abang, sorang adik lelaki. Umur 22 tahun, 20 tahun, 17 tahun. Cool kan?
Hehehe.

6) Mata aku coklat biasa je. Mak aku mata coklat hazel. Fuiyoh!

7) Aku kurus. Kawan aku pernah cakap aku ada bentuk badan macam model. Hehehehe.

8) Aku tak pandai pakai heels. Percayalah....

9) Tahi lalat aku lebih banyak di anggota badan sebelah kiri berbanding sebelah kanan.

10) Aku ada 1 tahi lalat dalam mata kanan. Kecik je, comel. Hehehehe.

11) Aku friendly lah. Tak percaya? Tak percaya sudah. Hehehe.

12) Aku sangat sukakan budak budak especially baby. Tapi kalau budak tu, aku senyum kat dia, dia boleh jeling aku, memang lah aku blah terus. Kalau budak mulut kurang ajar, lagilah aku rasa macam nak jadik mak bapak dia kejap untuk bagi dia pengajaran.

13) Aku suka kucing, ayam, arnab dan haiwan - haiwan lain la. Brader - brader yang suka haiwan pun aku suka. Lagi lagi yang kat Uptown Danau Kota. Eh? ;)

14) BMI aku 'less weight'. Hahahaha :D

15) Aku lebih minat lelaki yang muka Melayu, pure Melayu. Macam Baddrol Bakhtiar dan yang
seangkatan dengannya. Pada aku, hitam manis tu lagi hensem. Hehehehehehehehe.

16) Aku tak minat K-Pop tapi kalau Bollywood aku layan. Hehe. Kaho na pyaar hai~

17) Seumur hidup, aku pernah main bowling 2 kali je. Hehehe :3

18) Aku tak pernah ada couple. Alah yang ni mesti semua orang dah tau kan? Hehehe.

19) Untuk pengetahuan, aku pandai main snare drum tau. Hehehe. Power tak? Ceh berlagak.

20) Aku sebenarnya tak suka pakai handphone touch touch tapi jealous pulak tengok orang lain
pakai. Ergh --'

21) Abang aku kalau lepas cas phone, dia ambik je phone nya. Tak off switch pun. Eh? Ni pasal abang aku? Ha pun boleh.

22) Aku kadang - kadang boleh nampak 'benda halus'. I'm kinda gifted la. Buek :p

23) Aku lebih lebih lebih lebih lebih suka subjek mengira daripada subjek membaca. Oh Add
Math is my boyfriend :p

24) Selama 18 tahun aku hidup, aku pernah mimpi orang yang aku tak kenal tapi siap ada nama orang tu tau. 2 kali pulak tu. Hebat tak? Hebat kemenda. Entah apape aku ni.

25) Aku lebih rapat dengan saudara - mara sebelah mak berbanding saudara sebelah ayah.

26) Aku ada darah Jawa. Mungkin darah keturunan Wali Songo pun ada. Tak tau lah.

27) Aku boleh cakap Sarawak sikit - sikit. Kitak sik cayak? Sik apa lah kalau kitak sik cayak. Kamek sik bulak bah. Hehe.

28) Sebenarnya lah kan, aku ni lagi suka kawan dengan lelaki daripada kawan dengan perempuan. Leceh sikit lah kalau kawan dengan perempuan ni. Hehehehe.

29) Aku pakai jam tangan kiri dan aku suka warna coklat.

30) Tak kira lah macam mana BENCINYA atau TAK SUKANYA aku pada seseorang tu, bila
masa untuk aku hormat dia, aku akan hormat. Bila masa untuk aku tolong dia, aku akan tolong. Bila masa untuk aku bercakap atau berbual dengan dia, aku akan bercakap atau berbual. Bila masa aku perlu bergaul dengan dia, aku akan bergaul. Bila masa aku perlu bekerjasama dengan dia, aku akan beri kerjasama. Bila masa aku perlu berbaik dengan dia, aku akan berbaik. Bila masa aku perlu cabut dan pergi dari segala kebencian tu, baru aku akan pergi dan berharap takkan jumpa dengan orang tu lagi. Itu lah aku.

Mungkin yang num 30 akan diterangkan dengan lebih lagi nanti. Sekarang, itu saja. Terima kasih :) Bye~

Thursday, January 26, 2012

108. Filem, crush, semuanya

Assalamualaikum, kawan kawan :)

Ha pejam celik pejam celik dah sebulan lebih dekat 2 bulan dah aku cuti. Apa yang aku buat sepanjang cuti sebagai budak lepasan SPM ni? Entah lah. Macam tak produktif langsung. Haha.

Ok la. Kebiasaannya kalau bebudak macam aku ni, cuti je mesti tengok movie kat laptop @ komputer kan? Search je la kat Google @ Youtube tu. Mesti banyak punya. Hehe. Dan itu juga lah salah satu aktiviti yang aku lakukan sepanjang cuti ni. Hehehe.

Tapi aku takde la tengok banyak pun movie. Aku dapat tengok 5 je.
1) Gaduh 2009 [an indie film] - [full movie link]
2) Si Tudung Tweet - [full movie link]
3) Kami The Movie [KAMI]
4) Ada Apa Dengan Cinta [AADC] - [full movie link]
5) Crazy Little Thing Called Love [CLTCL]

Ada juga la beberapa telemovie @ movie lain yang aku tengok kat TV atau panggung. Tapi yang 5 ni aku tengok dari laptop @ komputer je.

Untuk yang pernah tengok AADC atau CLTCL, cerita ni pasal rasa cinta atau rasa suka yang heroin tu rasa pada hero tapi dia simpan sorang - sorang. Tapi bila tiba masa untuk dia confess, it was too late for the heroine. This situation happened in CLTCL la, not in AADC.

In AADC, the heroine confessed her feelings right before the hero flies oversea. So, it is not too late for her. She just has to wait for the hero to come back to Indonesia and tell her about his feelings and to decide on their relationship.

However, in CLTCL, the heroine confessed to the hero about her feelings that she kept for 3 years on the last day they're in high school. And on the same time, she gets to know that the hero already has a girlfriend. Surprisingly, the hero and his girlfriend has been in a relationship only a week ago. Very sad kan?

*This is the video of the heroine's confession
*The girl she hugs at the last part is P'Pin

Ok nak sambung lagi. Kawan aku pernah cakap, kalau kau ada crush dan kau simpan feeling kau tu without telling your crush about it, that's a good thing if you're not ready yet to face whatever answer your crush will give. Dan ada lagi, kawan aku jugak pernah cakap, if one day, you have given up on your crush and decided to move on, your crush will come to you and tell you that all this while he/she has the same feelings towards you. Ironic kan? Tapi benda ni mungkin tak berlaku kat semua orang.

Kalau sesiapa pun yang ada dalam situasi macam ni, sebenarnya ada 2 pilihan.

1) Kau bagitau crush kau tu apa perasaan kau selama ni kat dia. Tapi kalau nak bagitau, make sure kau bercakap. Jangan nak mesej lah, IM lah semua tu. Sebab nanti tak nampak reaksi muka dia, tak dengar nada suara dia. Ha lagi 1, kalau mesej IM semua ni, silap silap dia tak reply. Lagi berjelaga hati kau. Hahaha. Kalau skype, em mungkin boleh jugak kot. Hehe. Tu pun kalau kau dah sedia lah nak terima segala jawapan ataupun consequences yang berlaku selepas tu. Kalau tak sedia, memang patah seribu hatiku~ Hahaha.

2) Kau simpan perasaan tu dan tunggu 1 masa untuk kau lupakan dia dan move on. Tapi untuk yang ni, susah sikit lah nak 'move on' tu kan. Tak semua orang boleh buat macam tu. Nak nak kalau perasaan tu dah simpan lama gila. Memang hati tu sakit. Tapi mana lebih menyakitkan? Simpan bertahun - tahun tanpa apa - apa harapan ataupun lupakan dia dan jalani hidup lebih ceria. Kenal dan kawan dengan lebih ramai orang. Lagi best. Hehe. Ada kawan aku tu dah dekat 3 tahun dah dia simpan perasaan. Kesian dia. Hehehe.

Dan untuk kes aku [untuk sesiapa yang tahu lah], aku decide nak lupakan dia. Nak move on. Taknak suka dia lagi. It happened twice on the same person. Haha. Kelakar kan aku ni? Tapi takpe lah. Insya Allah I'm okay. Aku jugak akan doakan yang terbaik untuk dia, untuk aku, dan untuk semua kawan aku yang lain. Terima kasih untuk semua orang yang selama ni banyak tolong aku pasal hal ni. Hehe. Mekaceh~ Bye!

Wednesday, January 11, 2012

107. Kata dari kertas [1]

Kadang - kadang kau perlu jatuh dari puncak gunung yang menggeletek awan untuk sedarkan diri kau sendiri; apa yang selama ini kau panjat, apa yang selama ini kau cuba nak gapai. Banyak duri yang akan kau pijak, banyak batu yang akan kau tampung di bahu, setiap kali kaki kau melangkah. Semua ini hanya untuk memperlihatkan apakah yang kau inginkan itu, untuk kau perjuangkan atau tidak.

Dan setiap luka baru yang ditindan di atas parut luka - luka lama, sentiasa menceritakan sebuah cerita baru. Sebuah cerita pedih dan hitam.

Aku terluka, hampir mati, namun aku masih cuba berdiri.


Sunday, January 8, 2012

106. Skirt

Assalamualaikum.

Hari ni, lagi 2 helai skirt dah siap. Warna coklat dan dark blue. Tengok bawah ni. Kalau nak, boleh inform ya. Siapa cepat dia dapat sebab 1 warna cuma ada 2 helai je. Limited.

*INI WARNA DARK BLUE









*INI WARNA COKLAT




Kalau nak warna hitam punya, tengok sini [linked].
Ok itu saja. Terima kasih. Sebarang pertanyaan, boleh contact facebook aku [linked].

Wednesday, January 4, 2012

105. Mereka yang bakal dirindui :|

Assalamualaikum.

Tadi aku pergi hantar kawan - kawan yang terpilih ke PLKN Siri 1 kat Dataran Bandaraya Johor Bahru. Kawan - kawan tau. Bukan sorang je. Ramai. Hehehe.

Aku bangun pagi je dah lambat. Nak siap - siap semua. Diorang pukul 9.30 bas dah gerak katanya. Panik ok. Takut jalan sesak. Aku terus siap cepat - cepat. Call member [Zara], dia datang naik motor. Pastu pergi rumah lagi sorang member [Aifa], call teksi. Naik teksi pergi Dataran. Dalam pukul 8.45 pagi dah sampai.

Orang pertama aku jumpa, Afiqah. Kawan sekolah menengah. Kawan baik. Dia time form 4 dapat masuk SAMURA. So, dah lama tak jumpa. Aku tak fikir pasal kawan lain, aku nak jumpa dia dulu. Dia dapat PLKN @ Teluk Sari, Mersing.

*Siti Nurafiqah Sidek :)

Aku dapat jumpa dia sekejap je sebab dia dah kena naik bas. Cepatnya! Peluk - peluk dia kejap, berbual sikit, pastu tinggal. Sedih :'(

Time ni memang dah pisah dengan Zara & Aifa dah. Lepas jumpa Afiqah, aku jalan tanpa arah. Nampak kakak kepada salah 1 kawan yang aku nak jumpa, kak Nurul Naz Aishah. Pergi kat kak Naz. Tanya mana adik dia, Arep. Dia cakap, Arep tengah beratur nak daftar. Aku pun ok. Diri je kat situ dengan kak Naz.

Tiba - tiba nampak lagi sorang kawan yang aku nak jumpa, Arif, tengah beratur nak daftar jugak. Arif jugak. Ok terus nervous. Cakap dekat kak Naz, dia kata 'lah nak nervous apa? Pergi je lah'. Aku takut sebab memang dah 4 ke 5 tahun tak jumpa dia. Pastu ada 2 orang member dia pulak kat situ. Aku pun dengan beraninya main redah jumpa dia.

Aku cilok - cilok sikit, sampai kat belakang Arif tu. Aku tarik beg dia sikit. Dia pandang belakang.

Aku ; Kenal aku tak?
Arif ; Kenal lah :)

Pastu berbual kejap. Tetiba kawan - kawan dia tu pun nak berbual dengan dia time tu jugak. Aku pun back off lah.

Aku ; Ok lah. Aku nak pergi kat kakak Arep.
Arif ; Ok. Nanti aku jumpa kau.

Aku pergi balik kat kak Naz. Bla bla bla Arep datang. Aku tolong angkat beg dia. Jalan saing sampai bas. Dia simpan barang. Aku jumpa Zara balik.

Zara bawak jumpa lagi 1 kawan, Aliah. SM Teknik JB. Sama sekolah rendah dulu. Dia ni pun dapat PLKN @ Teluk Sari, Mersing. Sama dengan Afiqah.

*Nor Aliah Bahardin :)

Ok pastu aku dah taktau nak cerita camane. Hehe. Pastu aku jumpa orang sana, jumpa orang sini, jumpa ex - crush sana, jumpa kawan tanpa nama sini. Ramai nya lahai orang yang aku jumpa atau terjumpa. Hehe.

Oh ya. Ada sorang kawan sekolah rendah yang aku jumpa. Zara bawak aku jumpa dia. Dia nak pergi PLKN jugak. Nickname dia Ninot. Dia dapat Kem Warisan kat Melaka.

*Amanina Su'aidah :)

So, budak perempuan bertiga ni dah naik bas semua, bas dah jalan semua, bas 2-2 Arif ni tak jalan lagi. Diorang dah lah dapat 1 kem. Kem Putra - Putri @ Alor Gajah, Melaka. Tapi bas je lah tak sama sebab daftar lain - lain. Diorang pun naik bas. Tapi punya lambat bas tu nak jalan. Aku tunggu je sampai bas diorang jalan.

*Arif Mohd Zain :) [ini Arif]

*Muhamad Arif Shahireen Ibrahim :) [ini Arep]

Last - last, bas diorang pun jalan. Aku pun sedih :'(

Aku rindu korang lah ni.

Ok bye :')

Monday, January 2, 2012

104. Aku nak jual skirt weh

Assalamualaikum :)

Hari ni 2/1/2012. Seharian aku dengan mak aku jahit skirt. Sehelai je pun. Hehehe. Mak aku potong, aku jahit. Start jahit pun after Zohor. Selepas seharian, dapat lah siapkan sehelai skirt satin polka dot hitam. Lawa. Nak tengok? Bawah ni.








A'ah model tu memang aku. Ha baju aku memang saja je nak biar ronyok. Baru stylish sikit kan? I got swag --' Hahaha.

Sebenarnya aku nak jual skirt ni. Aku jahit, aku nak jual. Cari pendapatan sementara cuti ni. Alah kecil kecilan je. Aku pun baru jahit 1 helai. Another helai coming soon. Hehehe.

Skirt ni free size. Another info will be updated soon. Ini cuma untuk pemberitahuan je. Get ready eh untuk sesiapa yang rasa macam nak beli tu. Hehehe.

Ada lagi 3 warna yang belum dijahit. Harga RM25 tak termasuk postage.



Ok bye :)