Wednesday, January 4, 2012

105. Mereka yang bakal dirindui :|

Assalamualaikum.

Tadi aku pergi hantar kawan - kawan yang terpilih ke PLKN Siri 1 kat Dataran Bandaraya Johor Bahru. Kawan - kawan tau. Bukan sorang je. Ramai. Hehehe.

Aku bangun pagi je dah lambat. Nak siap - siap semua. Diorang pukul 9.30 bas dah gerak katanya. Panik ok. Takut jalan sesak. Aku terus siap cepat - cepat. Call member [Zara], dia datang naik motor. Pastu pergi rumah lagi sorang member [Aifa], call teksi. Naik teksi pergi Dataran. Dalam pukul 8.45 pagi dah sampai.

Orang pertama aku jumpa, Afiqah. Kawan sekolah menengah. Kawan baik. Dia time form 4 dapat masuk SAMURA. So, dah lama tak jumpa. Aku tak fikir pasal kawan lain, aku nak jumpa dia dulu. Dia dapat PLKN @ Teluk Sari, Mersing.

*Siti Nurafiqah Sidek :)

Aku dapat jumpa dia sekejap je sebab dia dah kena naik bas. Cepatnya! Peluk - peluk dia kejap, berbual sikit, pastu tinggal. Sedih :'(

Time ni memang dah pisah dengan Zara & Aifa dah. Lepas jumpa Afiqah, aku jalan tanpa arah. Nampak kakak kepada salah 1 kawan yang aku nak jumpa, kak Nurul Naz Aishah. Pergi kat kak Naz. Tanya mana adik dia, Arep. Dia cakap, Arep tengah beratur nak daftar. Aku pun ok. Diri je kat situ dengan kak Naz.

Tiba - tiba nampak lagi sorang kawan yang aku nak jumpa, Arif, tengah beratur nak daftar jugak. Arif jugak. Ok terus nervous. Cakap dekat kak Naz, dia kata 'lah nak nervous apa? Pergi je lah'. Aku takut sebab memang dah 4 ke 5 tahun tak jumpa dia. Pastu ada 2 orang member dia pulak kat situ. Aku pun dengan beraninya main redah jumpa dia.

Aku cilok - cilok sikit, sampai kat belakang Arif tu. Aku tarik beg dia sikit. Dia pandang belakang.

Aku ; Kenal aku tak?
Arif ; Kenal lah :)

Pastu berbual kejap. Tetiba kawan - kawan dia tu pun nak berbual dengan dia time tu jugak. Aku pun back off lah.

Aku ; Ok lah. Aku nak pergi kat kakak Arep.
Arif ; Ok. Nanti aku jumpa kau.

Aku pergi balik kat kak Naz. Bla bla bla Arep datang. Aku tolong angkat beg dia. Jalan saing sampai bas. Dia simpan barang. Aku jumpa Zara balik.

Zara bawak jumpa lagi 1 kawan, Aliah. SM Teknik JB. Sama sekolah rendah dulu. Dia ni pun dapat PLKN @ Teluk Sari, Mersing. Sama dengan Afiqah.

*Nor Aliah Bahardin :)

Ok pastu aku dah taktau nak cerita camane. Hehe. Pastu aku jumpa orang sana, jumpa orang sini, jumpa ex - crush sana, jumpa kawan tanpa nama sini. Ramai nya lahai orang yang aku jumpa atau terjumpa. Hehe.

Oh ya. Ada sorang kawan sekolah rendah yang aku jumpa. Zara bawak aku jumpa dia. Dia nak pergi PLKN jugak. Nickname dia Ninot. Dia dapat Kem Warisan kat Melaka.

*Amanina Su'aidah :)

So, budak perempuan bertiga ni dah naik bas semua, bas dah jalan semua, bas 2-2 Arif ni tak jalan lagi. Diorang dah lah dapat 1 kem. Kem Putra - Putri @ Alor Gajah, Melaka. Tapi bas je lah tak sama sebab daftar lain - lain. Diorang pun naik bas. Tapi punya lambat bas tu nak jalan. Aku tunggu je sampai bas diorang jalan.

*Arif Mohd Zain :) [ini Arif]

*Muhamad Arif Shahireen Ibrahim :) [ini Arep]

Last - last, bas diorang pun jalan. Aku pun sedih :'(

Aku rindu korang lah ni.

Ok bye :')

No comments: