Saturday, January 28, 2012

109. #30FactsAboutMe

Assalamualaikum, semua :)

Tengok tajuk tu. Hashtag kat twitter. Hahaha. Aku nak buat sebenarnya tapi kalau kat twitter malas lah. Tu pasal la aku nak buat kat sini. Boleh jugak kan? Diterima kan? Mampus takde orang kisah. Haha.

Ok ni nak mula ni. 30 tau. Banyak tu. Ok.... 1, 2, GO!

1) Nama aku Nur Syahirah binti Mohd Amri. Sebenarnya bapak aku nak bagi aku nama Irma Syahirah. Mak aku nak bagi aku nama Yang Nur Syahirah. Tapi tak jadi. Tu yang dapat Nur Syahirah je. Hehehe.

2) Aku dilahirkan pada 4/4/1994 pada pukul 4.09 petang di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. Cool kan? Forever Four!

3) Aku orang Johor weh! :D

4) Aku ada 4 orang adik beradik. Aku anak ketiga.

5) Aku ada 2 orang abang, sorang adik lelaki. Umur 22 tahun, 20 tahun, 17 tahun. Cool kan?
Hehehe.

6) Mata aku coklat biasa je. Mak aku mata coklat hazel. Fuiyoh!

7) Aku kurus. Kawan aku pernah cakap aku ada bentuk badan macam model. Hehehehe.

8) Aku tak pandai pakai heels. Percayalah....

9) Tahi lalat aku lebih banyak di anggota badan sebelah kiri berbanding sebelah kanan.

10) Aku ada 1 tahi lalat dalam mata kanan. Kecik je, comel. Hehehehe.

11) Aku friendly lah. Tak percaya? Tak percaya sudah. Hehehe.

12) Aku sangat sukakan budak budak especially baby. Tapi kalau budak tu, aku senyum kat dia, dia boleh jeling aku, memang lah aku blah terus. Kalau budak mulut kurang ajar, lagilah aku rasa macam nak jadik mak bapak dia kejap untuk bagi dia pengajaran.

13) Aku suka kucing, ayam, arnab dan haiwan - haiwan lain la. Brader - brader yang suka haiwan pun aku suka. Lagi lagi yang kat Uptown Danau Kota. Eh? ;)

14) BMI aku 'less weight'. Hahahaha :D

15) Aku lebih minat lelaki yang muka Melayu, pure Melayu. Macam Baddrol Bakhtiar dan yang
seangkatan dengannya. Pada aku, hitam manis tu lagi hensem. Hehehehehehehehe.

16) Aku tak minat K-Pop tapi kalau Bollywood aku layan. Hehe. Kaho na pyaar hai~

17) Seumur hidup, aku pernah main bowling 2 kali je. Hehehe :3

18) Aku tak pernah ada couple. Alah yang ni mesti semua orang dah tau kan? Hehehe.

19) Untuk pengetahuan, aku pandai main snare drum tau. Hehehe. Power tak? Ceh berlagak.

20) Aku sebenarnya tak suka pakai handphone touch touch tapi jealous pulak tengok orang lain
pakai. Ergh --'

21) Abang aku kalau lepas cas phone, dia ambik je phone nya. Tak off switch pun. Eh? Ni pasal abang aku? Ha pun boleh.

22) Aku kadang - kadang boleh nampak 'benda halus'. I'm kinda gifted la. Buek :p

23) Aku lebih lebih lebih lebih lebih suka subjek mengira daripada subjek membaca. Oh Add
Math is my boyfriend :p

24) Selama 18 tahun aku hidup, aku pernah mimpi orang yang aku tak kenal tapi siap ada nama orang tu tau. 2 kali pulak tu. Hebat tak? Hebat kemenda. Entah apape aku ni.

25) Aku lebih rapat dengan saudara - mara sebelah mak berbanding saudara sebelah ayah.

26) Aku ada darah Jawa. Mungkin darah keturunan Wali Songo pun ada. Tak tau lah.

27) Aku boleh cakap Sarawak sikit - sikit. Kitak sik cayak? Sik apa lah kalau kitak sik cayak. Kamek sik bulak bah. Hehe.

28) Sebenarnya lah kan, aku ni lagi suka kawan dengan lelaki daripada kawan dengan perempuan. Leceh sikit lah kalau kawan dengan perempuan ni. Hehehehe.

29) Aku pakai jam tangan kiri dan aku suka warna coklat.

30) Tak kira lah macam mana BENCINYA atau TAK SUKANYA aku pada seseorang tu, bila
masa untuk aku hormat dia, aku akan hormat. Bila masa untuk aku tolong dia, aku akan tolong. Bila masa untuk aku bercakap atau berbual dengan dia, aku akan bercakap atau berbual. Bila masa aku perlu bergaul dengan dia, aku akan bergaul. Bila masa aku perlu bekerjasama dengan dia, aku akan beri kerjasama. Bila masa aku perlu berbaik dengan dia, aku akan berbaik. Bila masa aku perlu cabut dan pergi dari segala kebencian tu, baru aku akan pergi dan berharap takkan jumpa dengan orang tu lagi. Itu lah aku.

Mungkin yang num 30 akan diterangkan dengan lebih lagi nanti. Sekarang, itu saja. Terima kasih :) Bye~

2 comments:

pali7x said...

nice info! :)

princess of chemistryy .. ☺ said...

asslm..sy bru jer follow blog awk..leh email azreeni94@yahoo.com